fbpx

CARA HILANGKAN HANYIR PADA IKAN DENGAN DAUN JAMBU

basuh_ikan

Sebelum ni kami telah kongsikan kepada anda 9 CARA HILANGKAN HANYIR IKAN UNTUK DIMASAK. SENAG GILER !!. Kebiasaannya kita akan gunakan Tepung gandum, Limau & Asam Keping untuk hilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan air tawar.

Tetapi melalu perkongsian dari Puan Husna Azlan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dengan menggunakan daun jambu.

Korang biasa tak hilangkan hanyir pada ikan? Biasa kan?Dan biasanya kita guna yang orang lama buat la kan. Lebih proven kesan dia.Letak gandum, letak limau, letak cuka, letak garam kasar. Betul kan? Rasa ikan lepas masak pom best rasanya berbanding basuh kosong je.Ada satu cara lagi tau, cara orang lama gak, tapi makin pupus kot sebab cara ni kalau takde pokok jambu,memang tak buat laa rasanya. Hehe.Tapi yang ada tanam pokok jambu Kat rumah dan senang nak dapat tu elok laa guna cara nih.

  1. Ambil beberapa helai daun jambu, ikut korang lah, tengok ikan banyak mana, kalau 4 5 ekor jangan lah korang ambil satu dahan besor daun tuh. Haha. So padan padan la k.
  2. Pastu korang ramas laa daun tu dalam air, then rendam korang punya ikan. Macam biasa, buat cam korang rendam macam petua petua lain gak.
  3. Gosok gosok basuh basuh ikan dah setel.

Bahan semulajadi, tak perlu bayar kalau pokok sendiri. Lebih jimat dan sangat bermanfaat. So korang yang ada pokok jambu tuh, jangan sia sia kan pokok tu k. Boleh gitau jiran jiran manfaat dia. Korang pom dapat pahala gak sudi sedekah daun untuk cuci ikan. Hehe.Okk. Selamat mencuba.Dizinkan sharee untuk korang yang nak share.

Kredit : Husna Azlan

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay