Latar Belakang
LAZIZ PATIN ditubuhkan pada 2016. Antara produk utama kami adalah Ikan Patin Segar, Ikan Patin Sejuk Beku, Pes Gulai Tempoyak, dan Pes Pais Tempoyak.
Kami memiliki sangkar ikan patin yang terletak di Temerloh, Pahang. Pihak kami menjadi pembekal utama ikan patin ke restoran dan kedai makan sekitar daerah Temerloh dan seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, pihak kami mengedarkan produk sejuk beku seperti Ikan Patin dan Pes Tempoyak kepada Stokis & Ejen kami di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tentang Kami
Mula ditubuhkan pada tahun 2016 dibawah jenama LAZIZ PATIN
Visi
Menjadi pembekal utama Ikan Patin Sangkar ke seluruh Malaysia menjelang Tahun 2025.
Misi
Membekalkan Ikan Patin Sangkar yang SEGAR, SUCI & DIYAKINI serta selamat untuk dimakan oleh semua golongan masyarakat.
Kepakaran kami 3-P
1
Penternakan
Kami memiliki sangkar ikan patin yang terletak di Temerloh, Pahang.
2
Pembekalan
Pihak kami menjadi pembekal utama ikan patin ke sekitar daerah Temerloh dan juga di seluruh semenanjung Malaysia.
3
Pengedaran
Mengedarkan produk sejuk beku seperti Ikan Patin dan Pes Tempoyak kepada Stokis & Ejen kami di seluruh Semenanjung Malaysia
Kenapa pilih kami?
Baka Ikan Patin yang berkualiti menjamin kualiti ikan dari segi kesihatan iaitu ikan yang selamat untuk dimakan dan bebas dari sebarang wabak penyakit
Ikan Patin yang diternakan di dalam sangkar lebih berkualiti kerana faktor air sungai yang sentiasa mengalir menghasilkan persekitaran ikan yang sihat
Temerloh merupakan Bandar Ikan Patin
Ikan Patin diberkan makan 100% formulated fish feed bagi memberikan nutrisi secukupnya kepada ikan agar membesar dengan baik & sihat serta selamat dimakan
Ikan kami tidak hanyir & tidak berbau tanah. Ikan siap dibersihkan serta dibungkus menggunakan teknik kedap udara bagi menjamin kualiti & kesegaran ikan.