Selepas Pahang diumumkan negeri yang berada dalam Fasa 4, peniaga Pekan Sari Temerloh tidak melepaskan peluang untuk mula beroperasi. Pekan Sari yang terletak di Lurah Semantan ini masih kekal diiktiraf sebagai Pekan Sari yang terpanjang dan terbesar di negeri Pahang.
Perjalanan lebih 1 kilometer sepanjang Pekan Sari ini pastinya tidak akan jemu kerana terdapat pelbagai jenis jualan antaranya sayur – sayuran kampung hasil tanaman oleh peniaga seperti pucuk paku, pucuk rebung, kulat sisir dan pelbagai lagi. Di sini bukan sahaja kaya dengan hasil kampung malah terdapat hasil dari Sungai Pahang, banyak jenis ikan sungai yang boleh didapati disini seperti ikan krai, lampam jawa, ikan patin liar dan pelbagai lagi. Tambahan lagi, tidak lupa juga pelbagai kuih muih tradisional Pahang yang boleh didapati disini seperti kuih badak berendam, koleh kacang, kuih pena dan pelbagai lagi.
Pekan Sari ini akan mula beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengahari dan antara tarikan utama pengunjung adalah untuk makan pagi sambil menikmati keindahan di tepi sungai Pahang. Peniaga dan pengunjung terdiri daripada setiap lapisan masyarakat dan ini melambangkan keharmonian masyarakat Temerloh.
Sambutan pengunjung sangat meriah pada baru ini kerana sudah pasti ramai yang sangat merindui untuk berjalan di Pekan Sari. Walaupun dibenarkan untuk berkunjung, jangan lupa SOP tetap kena jaga.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp ke 019-9191858 atau terus ke Shopee https://bit.ly/shopeelazizpatin