fbpx

BERKONGSI REZEKI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

laziz_pn_haryati

Alhamdulillah, impian Puan Haryati untuk membantu keluarga tercapai apabila dapat berkongsi rezeki bersama keluarga melalui perniagaan.

Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan mendorong Puan Haryati untuk berusaha bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan dengan menjadi Stokis Laziz Patin.

Walaupun bergelar seorang Guru, Pn Haryati tidak mahu berasa selesa dengan apa yang beliau ada, sebaliknya mengisi masa lapang dengan menjadi pengedar produk Laziz Patin di sekitar Tanjung Karang.

Puan Haryati sangat bersyukur, berkat dari hasil perniagaannya ini, beliau dapat membeli keperluan kesihatan ibunya setiap bulan demi mendapat kerberkatan dari seorang ibu. Selain itu juga, Puan Haryati dapat membantu adiknya membeli barang kelengkapan untuk perkahwinan bagi membantu meringankan beban keluarga.

Berkat usaha beliau berhasil apabila jualan terkini beliau telah mencapai RM21,000. Kami di Laziz Patin mengucapkan Tahniah & Jutaan terima kasih kepada Puan Haryati di atas pencapaian beliau. Kami doakan semoga beliau terus berjaya & dimurahkan rezeki.

Nak jadi seperti Puan Haryati? Jom kami bantu anda mulakan perniagaan dengan adanya PRODUK yang BETUL & juga ILMU yang BETUL. Daftar sekarang di www.lazizpatin.com/daftar

#Mystory #LazizLagend #JBB2020 #LazizPatin

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay