Siapa yang pernah berkunjung ke Temerloh mesti akan merasa keenakan gulai ikan patin tempoyak. Tidak melepaskan peluang juga untuk membeli ikan patin untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Ramai yang berpendapat ikan patin di Temerloh memang lain rasanya berbanding yang ada di negeri lain.
Dahulu cara membungkus ikan patin biasaannya dibungkus menggunakan surat khabar dan diletakkan dalam plastik. Pembungkusan sebegini tidak memerlukan kos yang sangat tinggi serta memudahkan penjual. Ikan juga akan kekal segar jika ingin masak dalam tempoh masa yang terdekat.
Kami di Laziz patin telah membuat pembaharuan teknik pembungkusan supaya ikan dapat tahan dengan lebih lama dan dapat menghantar ke seluruh Semenanjung.
Terdapat lima kebaikan menggunakan pembungkusan vakum:
- Tidak mudah rosak
- Membantu pengemasan bungkusan
- Mengekalkan nutrisi pada ikan patin
- Memanjangkan jangka hayat tarikh tamat tempoh
Dengan bungkusan ini pembeli tidak perlu risau dengan kesegaran ikan patin. Laziz patin juga boleh mengepos ikan patin ke seluruh Semenanjung.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp ke 019-9191858 atau terus ke Shopee https://bit.ly/shopeelazizpatin