fbpx

9 CARA HILANGKAN HANYIR IKAN UNTUK DIMASAK. SENAG GILER !!

9 CARA HILANGKAN HANYIR IKAN UNTUK DIMASAK. SENAG GILER !!

1. RENDAM DALAM SUSU
Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan.

 

2. SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM DAN TEPUNG JAGUNG
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan.

 

3. GUNA CUKA
Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyir ikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka.

 

4. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
Buang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan betul, ia dapat mengurangkan bau hanyir.

5. DAUN JAMBU BATU
Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya, kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan.

Daun jambu batu mungkin susah sedikit untuk didapati bagi yang tinggal di bandar. Tapi, bagi yang ada, manfaatkanlah ia kerana ia memiliki pelbagai khasiat juga!

6. TITISKAN JUS LEMON
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap baru dibilas dengan bersih.

Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

 

7. RENDAM DALAM AIR GARAM
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang.

8. GUNA HALIA
Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 

9. SAPU MINYAK BIJAN
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.

 

HIDANGAN IKAN LEBIH MENYELERAKAN
Mudah saja cara hilangkan hanyir ikan sebelum dimasak, bukan?

Ikan perlu diambil dalam diet seharian adalah sumber protein yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, jangan sebab hanyir, anda menjauhi daripada memakan ikan. Bahkan, anda patut lebihkan makan ikan daripada ayam ataupun daging.

Sumber : Siraplimau.com

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay