FAQ
Untuk produk Ikan Patin, kami menggunakan currier Parcel Post. Manakala untuk lain-lain produk, kami menggunakan currier J&T sahaja..
Kami akan buat penghantaran pada setiap petang pada hari ISNIN hingga JUMAAT SAHAJA. Sekiranya terdapat hari CUTI UMUM, jadual penghantaran akan berubah mengikut ketetapan pihak currier. Kami akan maklumkan kepada pelanggan.
Pihak currier menjamin penghantaran dalam tempoh 24 jam selepas pickup di Kilang kami (5 Petang). Untuk produk Ikan Patin, daya tahan adalah sehingga 48 Jam. Pihak kami juga akan bertanggungjawab sekiranya penghantaran kepada pelanggan melebihi 48 jam.
Buat masa sekarang kami hanya cover untuk Bandar-bandar utama di semenanjung Malaysia sahaja. Sekiranya anda ada kekeliruan, hubungi kami untuk kami semak liputan kawasan penghantaran bagi kawasan anda.
Untuk barang sejuk beku seperti Ikan Patin, kos penghantaran yg kami tetapkan adalah RM21 SAHAJA (Flate Rate). Kos tersebut adalah termasuk cas dari pihak currier & juga kos “ICEBOX”.
Untuk maklumat anda, produk ikan Patin kami adalah asli dari Temerloh. Ianya diternak di Sungai Pahang & diproses di kilang kami yg berada di Temerloh
Sekiranya belum dibuka, ianya boleh bertahan dengan suhu bilik. Kami cadangkan anda untuk simpan di dalam peti sejuk supaya ianya lebih tahan lama.
Pendaftaran sebagai Ejen kini dibuka. Sila layari www.lazizpatin.com/daftar