“Mahalnya !” mesti akan terungkap perkataan ni bila tahu nilai harga ikan sungai di negeri Pahang ini. Tapi sebelum tu kita kena ingat senang tak nak dapatkan ikan yang harga mahal ni, macam mana mereka tangkap, apa cabaran untuk mendapatkan nya, usaha penat lelah mereka , masa mereka dan lain-lain lagi.
Banyak faktor yang mempengaruhi kenapa harga ikan sungai ni mahal. Tambahan lagi, permintaan ikan sungai sangat tinggi tetapi sukar untuk dijumpai. Rata – rata peminat ikan sungai gemar untuk makan kerana isi ikannya yang mempunyai rasa tersendiri berbanding ikan laut. Berikut adalah senarai harga pasaran ikan sungai :
Diingatkan juga sebelum makan tanya dahulu jenis ikan apa dan harganya, jadi jangan terkejut lah bila jumlah makanan bagi 5 – 8 orang makan menjangkau RM1000 di kedai sekitar Temerloh ni. Dengan harga yang ditetapkan sangat berpatutan kerana bukan mudah bagi nelayan sungai untuk menjumpai jenis-jenis ikan berikut.
Haa tambahan lagi, cara untuk menangkap ikan ini ada pelbagai teknik dan salah satunya adalah tajur. Teknik tajur ini merupakan alat menangkap ikan yang ringkas seperti pancing. Kebanyakkan pemancing gemar menggunakan teknik ini kerana mudah untuk mendapatkan ikan. Selain itu, tidak memerlukan kos yang sangat tinggi kerana hanya menggunakan batang buluh atau kayu, tali tangsi, batu ladung dan mata kail. Tajur kebiasaanya akan dipacakkan di tepi tebing sungai dan ditinggalkan semalaman atau beberapa jam. Umpan yang digunakan pula adalah cengkerik hidup atau sotong.
Selain itu, menjaring ikan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh nelayan sungai. Kebiasaannya waktu yang sesuai bagi mereka menjaring ikan adalah pada waktu malam kerana ikan tidak dapat melihat jaring yang telah dipasang. Setelah jaring dipasang, makanan ikan akan diberi disekitar jaring dengan cara, masukan umpan kedalam plastik lalu dilubang kecil-kecil dan letak pemberat supaya tenggelam, lalu benamkanlah makanan tersebut didekat jaring yg telah dipasang.
Bagaimana orang ramai ingin mendapatkan ikan sungai ni kalau tak bukan dengan mengunjungi Pekan Sari Temerloh pada setiap hari Ahad. Disini terdapat pelbagai jenis ikan sungai yang boleh dijumpai.Ikan sungai yang diproses menjadi ikan pekasam menggunakan beras yang digoreng dan dikisar juga mendapat sambutan hangat pembeli disebab aromanya yang dapat membangkitkan selera apabila digoreng.
Apa Faktor Ikan Sungai Ini Mahal ?
- Sukar untuk ditemui berbanding pada 10-20 tahun dahulu.
- Rasa yang unik berbanding ikan laut.
- Terdapat spesis yang semakin berkurangan
- Keadaan air sungai yang mempengaruhi ikan
- Permintaan yang tinggi.
Bagi kebanyakan rakyat Pahang, harga tersebut adalah perkara biasa kerana tahu nilai sebenar ikan sungai liar. Dengan itu, harap orang ramai menukar persepsi buruk terhadap harga untuk ikan sungai ini.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp ke 019-9191858 atau terus ke Shopee https://bit.ly/shopeelazizpatin