fbpx

PERLU KE BASUH BARANG DAPUR MUSIM COVID-19?

Basuh_sayur

Hari demi hari, kita semakin resah mendengar pertambahan kes kematian Covid-19 di Malaysia. Macam-macam persoalan timbul.

Tanpa kita sedar, walaupun kita tidak keluar kerana di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi pelbagai barang luar masuk ke rumah antaranya surat, barang dapur dan parcel.

Jadi selamatkah semua barang ni?

Semua tahu proses pembersihan adalah kaedah penting untuk mencegah penyakit Covid-19, tetapi adakah semua barang perlu dinyahkuman?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, cara utama jangkitan Sars-CoV-2 adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk) dan melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Oleh sebab inilah Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengarahkan semua untuk menjarakkan diri antara satu sama lain, basuh tangan, memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi kerisauan kaum wanita iaitu mengenai barang dapur.

Berkisar mengenai isu itu, Sinar Plus mendapatkan perkongsian Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran.

Adakah barang dapur (bahan kering) selamat?

Ketahuilah, walaupun virus boleh ada pada barang-barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang.

Risiko yang lebih tinggi adalah semasa shopping kerana waktu itulah kita akan berjumpa dengan orang lain.

Satu lagi aktiviti berisiko adalah memegang troli kerana ia tempat yang dipegang oleh ramai orang.

Oleh sebab itulah, semasa shopping orang ramai dinasihatkan untuk jarakkan 1 meter dengan orang lain, tidak berbual, tidak sentuh muka, mesti basuh tangan sesudah membeli-belah dan selepas memegang troli.

Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?

Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Itu agak keterlaluan!

Ini yang kita wajib buat!

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi.

Barang basah

Satu lagi yang menjadi persoalan adalah perlukah nyahkuman barang basah atau makanan mentah yang dibeli?

Tidak! Tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli tapi mesti dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan.

Bolehkah basuh dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan.

Ingat, kalau kita tertelan sabun boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.

Bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan sebagai contoh menyembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg kitar semula yang digunakan untuk membeli barang itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Ingat, jangan lupa basuh tangan dengan sabun ya!

Sumber : SINAR PLUS

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay