Bunga kantan banyak digunakan dalam masakan seperti Gulai Tempoyak, Asam Pedas, Kerabu dan lain-lain. Tanpa bunga kantan ianya tidak lengkap kerana rasa & aromanya memecah selera masakan. Bunga kantan yang segar amat sukar temui di pasaraya besar & harganya agak mahal serta boleh mencecah RM3 sekuntun.
Menurut perkongsian dari Dunia Hanya Sementara Fy, beliau berkongsi tips cara-cara menyimpan bunga kantan agar bertahan lama & kekal segar walaupun telah disimpan selama 6 bulan.
TIPS SIMPAN BUNGA KANTAN
Bahan-bahan :
1. Bunga Kantan
2. Bekas Plastik
3. Air Masak
CARA – CARANYA
1. Basuh bunga kantan sehinggan bersih terlebih dahulu.
2. Potong bunga kantan mengikut kesesuaian. Dicadangkan untuk belah 2.
3. Masukkan kedalam bekas plastik yang sesuai dan masukkan air kedalam bekas tersebut.
4. Kemudian simpan di dalam peti sejuk beku. Siap !
Mudahkan?? Sekiranya anda ingin menggunakan, anda boleh keluarkan dari bekas plastik & terus masukkan ke dalam masakan. Diharap dengan tips ini, dapat membantu anda memasak dengan mudah.