Sejak PKP 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, ramai di antara kita terkesan. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang bekerja dari rumah, ada yang berjauhan dengan pasangan dan tak lupa juga terpaksa berjauhan dengan keluarga di kampung. Pergerakan antara negeri di sememanjung & juga sabah sarawak juga terhad bagi mengawal penuluran wabak COVID-19.
Baru-baru ini, pihak Laziz Patin dihubungi salah salah seorang pelanggan iaitu En Hanafi yang berasal dari Lanchang, Pahang berminat untuk mendapatkan Ikan Patin Sangkar Temerloh untuk dihantar ke Kuching, Sarawak. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak dapat menunikan hasrat beliau kerana, ianya mengambil masa yang lama untuk pos ke Sarawak & boleh menyebabkan ikan patin tersebut rosak.
Namun begitu, pada 19 April 2021 pihak Laziz Patin telah membawa masuk produk Pek Perencah Ikan Patin ke Kuching, Sarawak. Syukur Alhamdulillah, dengan Izin Allah SWT Laziz Patin telah bekerjasama dengan pihak SD Impex Sdn Bhd untuk membawa masuk produk Laziz Patin ke Permata Halal Mart. Ini merupakan satu permulaan bagi memenuhi pemintaan peminat Ikan Patin Temerloh yang berada di Kuching, Sarawak.
Selepas pengumuman tersebut, En Hanafi terus ke Permata Halal Mart Metrocity, Kuching untuk mendapatkan Pek Perencah Gulai Patin Tempoyak Laziz. Menurut beliau rasa gulai patin laziz “not bad”, Sedap, Lada garam asam cukup. Beliau juga akan memberitahu rakan-rakan lain supaya boleh mendapatkan Gulai Patin Tempoyak original Temerloh kerana sudah lama tak balik kampung.
Kami di pihak Laziz Patin sangat bersyukur kerana dapat membantu peminat Gulai Tempoyak Ikan Patin yang berada di perantauan. Insyaallah, ini adalah sebahagian visi & misi kami untuk mempromosikan produk terbaik dari Temerloh, Pahang di masa akan datang. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk Laziz Patin boleh klik disini
Kepada anda yang berada di Kuching, Sarawak. boleh dapatkan produk Laziz Patin di PERMATA Halal Mart cawangan Metrocity & Satok Kuching, Sawarak.