Kini terdapat pelbagai jenis snek “Dory Skin” di dalam pasaran terdiri dari pelbagai perisa & juga jenama. Ianya mungkin juga menjadi fenomena di kalangan masyarakat apabila artis juga dipilih menjadi Duta bagi mempromosi snek Dory Skin ini.
Namun begitu, ramai orang tak tahu yang sebenarnya sebahagian Dory Skin yang dijual dipasaran adalah dari kulit Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius.
BACA JUGA : PEMBEKAL IKAN PATIN SEGAR BUMIPUTERA
Menerusi Twitter, seorang netizen Faizedzahar yang mendedahkan perkara itu turut memaparkan ikan patin yang dijual menerusi atas talian turut menggunakan nama dory bersama Pengasius.
Ianya juga menjadi perbualan hangat di twitter tentang kebenaran bahawa Dory Skin merupakan berasal dari kulit Ikan Patin. Menurut wartortle ikan dori laut dikenali sebagai john dory manakala ikan air tawar dikenali sebagai ikan patin.
BACA JUGA : KENAPA TEMERLOH SINONIM DENGAN IKAN PATIN?
Diharap, ada pihak yang berkenaan dapat menjelaskan sumber asal bahan yang digunakan dalam pembuatan Dory Skin agar masyarakat mendapat penjelasan yang sebenar dan tiada keraguan untuk menikmati snek tersebut. Apapun, sebagai umat islam kita seharusnya memilik sumber makan Halal serta selamat untuk dimakan.