fbpx

INOVASI KEROPOK LEKOR SAMBAL HITAM

INOVASI KEROPOK LEKOR INTI SAMBAL HITAM

Keunikan rasa sambal hitam menjadi inti keropok lekor menarik perhatian juri untuk menobatkan inovasi hasil pelajar Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) sebagai juara Pertandingan Kemahiran Penghasilan Kacang Soya, Keropok Lekor dan Roti.

Ia hasil idea dan sentuhan dua pelajar kolej berasal dari Terengganu itu, Wan Nor Shafiqah Wan Ahmad, 19, dari Kemaman dan Sharifah Nurhan Aida Syed Mohamed, 19, dari Dungun selepas selepas mengetahui pertandingan itu menerusi pensyarah mereka. Menurutnya, di Pahang sambal hitam amat popular di dalam masakan tradisi di sini. Selepas berbincang dengan pensyarah mereka, Ahmad Sabre Osman dan bersetuju dengan idea untuk memasukkan sambal hitam ke dalam keropok lekor sebagai inti sebelum digoreng.

Sharifah Nurhan berkata, rasa lemak masin keropok lekor dan rasa masam pedas sambal hitam memberi satu rasa begitu enak. Katanya, gabungan makanan tradisi Terengganu dan Pahang nampaknya berhasil dan berharap ia menjadi popular di warung warung pada masa nanti di kedua-dua negeri.

KKJ terus unggul apabila memenangi tempat pertama bagi semua kategori dalam Pertandingan Kemahiran Penghasilan untuk produk kacang soya, keropok lekor dan roti di antara Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pahang di kolej berkenaan.

Pertandingan turut disertai Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Bukit Damar, Temerloh.

Kategori masakan roti dimenangi, Roti Bun Keledek Ungu dihasilkan Nurul Atirah Adnan, 19, dan Maidatul Anizza Mohd Rody, 19, dari KKJ. KKJ turut menjuarai kategori kacang soya menerusi hidangan Butterscotch Taufufah dengan Cendol.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay