fbpx

SUSHI PAIS PATIN, DURIAN TARIKAN BARU TEMERLOH

sushi

TEMERLOH: Siapa sangka menu tradisional Pahang dan durian kini boleh dinikmati dalam bentuk sushi. Keunikan itu dihasilkan melalui inovasi dilakukan pemilik Cafe Mr Sushi, Mohamad Roslan Din, 31, sejak setahun lalu.

Beliau yang memiliki Diploma Seni Kulinari dari sebuah kolej swasta berkata, idea dan inovasi itu dilakukan bagi mencipta kelainan kepada peminat sushi di negeri ini.

“Sebenarnya sushi ini dimakan secara mentah bersama juadah sampingan lain, tetapi selepas melihat suasana atau penerimaan masyarakat setempat terhadap makanan tidak dimasak, jadi saya fikir kena buat sesuatu untuk menarik perhatian mereka.

“Dari situlah saya lakukan percubaan untuk membuat sushi dengan menerapkan elemen tempatan, …maknanya sushi dihasilkan di cafe ini dimasak terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan cara masyarakat di Malaysia yang lebih gemar memakan makanan sudah dimasak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang berasal dari Paya Keladan, dekat sini, berkata pemilihan sushi pais ikan patin dan durian dibuat selepas mengambil kira jenama ikan sungai itu sendiri yang sudah menjadi simbol kebanggaan daerah Temerloh dan negeri Pahang.

Selain itu, resepi bagi sushi durian pula dihasilkan bagi menarik pelanggan daripada pelbagai kaum yang sememangnya sangat menggemari rasa unik Raja Buah itu.

“Untuk membuat sushi pais ikan patin, setiap ikan patin dimasak dengan tempoyak yang digaul dengan bahan lain sebelum dibakar dalam kertas aluminium. Selepas ia sudah masak, ikan patin itu diletakkan di atas nasi yang sudah dibentuk dalam bentuk sushi sebelum dihidangkan.

“Bagi sushi durian pula, nasi dengan campuran rumpai laut digulung terlebih dahulu sebelum memasukkan inti diperbuat daripada isi durian D24. Ia kemudiannya dipotong kecil dan ditaburkan dengan hirisan keju untuk menambahkan lagi penampilannya,” katanya yang dibantu lapan pekerja bagi melancarkan urusan kafe berkenaan.

Mohamad Roslan berkata, kedua-dua produk itu mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan kafe miliknya sedang menghasilkan sushi nasi lemak, sate dan rendang bagi menambahkan pilihan kepada pelanggan.

Katanya, kafe di Jalan Pak Sako 4, di bandar ini, menawarkan lebih 30 jenis sushi pada harga antara RM1 hingga RM2.50 setiap satu dan berharap dapat memperluaskan perniagaan itu ke daerah lain di negeri ini

Sumber : Bharian

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay

laziz_pn_haryati

BERKONGSI REZEKI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Alhamdulillah, impian Puan Haryati untuk membantu keluarga tercapai apabila dapat berkongsi rezeki bersama keluarga melalui perniagaan. Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan mendorong Puan Haryati untuk berusaha bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan dengan menjadi Stokis Laziz Patin. Walaupun bergelar seorang Guru, Pn Haryati tidak mahu berasa selesa dengan apa yang beliau ada, sebaliknya mengisi masa lapang dengan

Read More »
puan_ilia_1

SURIRUMAH BUAT JUALAN RM35,000 HANYA JUAL PATIN JERR..

Walaupun hanya seorang surirumah sepenuh masa, ianya tidak menghalang Puan Ilia untuk kejar impian dan buktikan surirumah pun boleh berjaya. Puan Ilia merupakan antara orang yang terawal mendaftar sebagai ejen Laziz Patin. Beliau telah menjadi ejen pada Jun 2019 dan kemudian fokus kepada keluarga. Namun semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Perngerak pada 18 Mac 2020,

Read More »
pelanggan_merosot

JUMLAH PELANGGAN MEROSOT, PENGUSAHA RESTORAN MENGELUH

Pengusaha restoran ikan patin masak tempoyak di bandar ini mengeluh apabila jumlah kehadiran pelanggan didakwa semakin merudum selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu. Pemilik restoran Along Patin Station, Mohd Afif Ashraf Jamaludin, 30, mengakui kemerosotan jumlah pelanggan sangat dirasai khususnya pada minggu ini. Menurutnya,

Read More »