fbpx

SUSHI PAIS PATIN, DURIAN TARIKAN BARU TEMERLOH

sushi

TEMERLOH: Siapa sangka menu tradisional Pahang dan durian kini boleh dinikmati dalam bentuk sushi. Keunikan itu dihasilkan melalui inovasi dilakukan pemilik Cafe Mr Sushi, Mohamad Roslan Din, 31, sejak setahun lalu.

Beliau yang memiliki Diploma Seni Kulinari dari sebuah kolej swasta berkata, idea dan inovasi itu dilakukan bagi mencipta kelainan kepada peminat sushi di negeri ini.

“Sebenarnya sushi ini dimakan secara mentah bersama juadah sampingan lain, tetapi selepas melihat suasana atau penerimaan masyarakat setempat terhadap makanan tidak dimasak, jadi saya fikir kena buat sesuatu untuk menarik perhatian mereka.

“Dari situlah saya lakukan percubaan untuk membuat sushi dengan menerapkan elemen tempatan, …maknanya sushi dihasilkan di cafe ini dimasak terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan cara masyarakat di Malaysia yang lebih gemar memakan makanan sudah dimasak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang berasal dari Paya Keladan, dekat sini, berkata pemilihan sushi pais ikan patin dan durian dibuat selepas mengambil kira jenama ikan sungai itu sendiri yang sudah menjadi simbol kebanggaan daerah Temerloh dan negeri Pahang.

Selain itu, resepi bagi sushi durian pula dihasilkan bagi menarik pelanggan daripada pelbagai kaum yang sememangnya sangat menggemari rasa unik Raja Buah itu.

“Untuk membuat sushi pais ikan patin, setiap ikan patin dimasak dengan tempoyak yang digaul dengan bahan lain sebelum dibakar dalam kertas aluminium. Selepas ia sudah masak, ikan patin itu diletakkan di atas nasi yang sudah dibentuk dalam bentuk sushi sebelum dihidangkan.

“Bagi sushi durian pula, nasi dengan campuran rumpai laut digulung terlebih dahulu sebelum memasukkan inti diperbuat daripada isi durian D24. Ia kemudiannya dipotong kecil dan ditaburkan dengan hirisan keju untuk menambahkan lagi penampilannya,” katanya yang dibantu lapan pekerja bagi melancarkan urusan kafe berkenaan.

Mohamad Roslan berkata, kedua-dua produk itu mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan kafe miliknya sedang menghasilkan sushi nasi lemak, sate dan rendang bagi menambahkan pilihan kepada pelanggan.

Katanya, kafe di Jalan Pak Sako 4, di bandar ini, menawarkan lebih 30 jenis sushi pada harga antara RM1 hingga RM2.50 setiap satu dan berharap dapat memperluaskan perniagaan itu ke daerah lain di negeri ini

Sumber : Bharian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay

Mana Lebih Bagus: Ikan Patin Disimpan dengan Suhu Sejuk Beku atau Ikan Patin yang Disimpan dalam Plastik Kedap Udara Kemudian Sejuk Beku?

Pengenalan Penyimpanan ikan patin adalah kritikal untuk memastikan kualiti, kesegaran, dan keselamatannya, lebih-lebih lagi bagi jenama seperti Laziz yang terkenal dengan produk makanan tradisional yang berkualiti tinggi. Dua teknik utama yang digunakan adalah penyimpanan sejuk beku biasa dan penyimpanan dalam plastik kedap udara kemudian disimpan dalam keadaan sejuk beku. Artikel ini akan membincangkan mana satu

Read More »

3 Sebab Pekasam Ikan Patin Laziz Jadi Pilihan Ramai

Pekasam Ikan Patin memang tak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, terutama sekali di Pahang. Dikenali dengan rasa masam masin yang unik, pekasam ni menjadi hidangan yang diminati ramai. Tapi, apa yang membuatkan Pekasam Ikan Patin Laziz ni lebih istimewa dan jadi pilihan utama? 1. Tak Perlu Lalui Proses Pembuatan yang Rumit Kalau korang pernah

Read More »

KENAPA IKAN SUNGAI PAHANG MAHAL ?

“Mahalnya !” mesti akan terungkap perkataan ni bila tahu nilai harga ikan sungai di negeri Pahang ini. Tapi sebelum tu kita kena ingat senang tak nak dapatkan ikan yang harga mahal ni, macam mana mereka tangkap, apa cabaran untuk mendapatkan nya, usaha penat lelah mereka , masa mereka  dan lain-lain lagi.  Banyak faktor yang mempengaruhi

Read More »